Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Yahya 9:14-23 in Malay (individual language)

Help us?

Yahya 9:14-23 in Kitab Suci Zabur dan Injil

14 Isa telah membuat tanah liat dan menyembuhkan mata orang itu pada hari Sabat.
15 Orang Farisi menanya orang itu bagaimana dia dapat melihat. Jawabnya, ‘Dia menyapukan tanah liat pada mataku, lalu aku membasuh muka, dan kemudian aku dapat melihat.’
16 Sebilangan orang Farisi itu berkata, ‘Dia bukan daripada Allah, kerana Dia melanggar peraturan hari Sabat.’ Tetapi ada pula yang berkata, ‘Kalau Dia orang berdosa, bagaimana Dia dapat melakukan mukjizat begini?’ Dengan demikian timbullah perselisihan pendapat di kalangan mereka.
17 Orang Farisi bertanya lagi kepada orang yang dahulunya buta itu, ‘Kamu berkata Dia menyembuhkan matamu. Bagaimana pendapatmu tentang Dia?’ Orang itu menjawab, ‘Dia seorang nabi.’
18 Orang Yahudi enggan percaya bahawa orang itu dahulu buta matanya. Oleh itu mereka memanggil ibu bapanya.
19 Mereka bertanya, ‘Benarkah dia anak kamu yang buta sejak lahir? Bagaimana pula dia boleh celik?’
20 Ibu bapa orang itu menjawab, ‘Ya, benar dia anak kami yang buta sejak lahir.
21 Tetapi kami tidak tahu bagaimana dia dapat melihat sekarang dan siapa yang menyembuhkan matanya. Dia sudah dewasa, tanyalah dia. Dia dapat menjawab sendiri.’
22 Ibu bapa orang itu berkata demikian kerana takut akan orang Yahudi itu yang telah bersetuju bahawa sesiapa yang mengakui Isa itu al-Masih akan disingkirkan dari saumaah.
23 Maka itulah ibu bapanya berkata, ‘Dia sudah dewasa, tanyalah dia.’
Yahya 9 in Kitab Suci Zabur dan Injil