Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Yahya - Yahya 9

Yahya 9:14-23

Help us?
Click on verse(s) to share them!
14Isa telah membuat tanah liat dan menyembuhkan mata orang itu pada hari Sabat.
15Orang Farisi menanya orang itu bagaimana dia dapat melihat. Jawabnya, ‘Dia menyapukan tanah liat pada mataku, lalu aku membasuh muka, dan kemudian aku dapat melihat.’
16Sebilangan orang Farisi itu berkata, ‘Dia bukan daripada Allah, kerana Dia melanggar peraturan hari Sabat.’ Tetapi ada pula yang berkata, ‘Kalau Dia orang berdosa, bagaimana Dia dapat melakukan mukjizat begini?’ Dengan demikian timbullah perselisihan pendapat di kalangan mereka.
17Orang Farisi bertanya lagi kepada orang yang dahulunya buta itu, ‘Kamu berkata Dia menyembuhkan matamu. Bagaimana pendapatmu tentang Dia?’ Orang itu menjawab, ‘Dia seorang nabi.’
18Orang Yahudi enggan percaya bahawa orang itu dahulu buta matanya. Oleh itu mereka memanggil ibu bapanya.
19Mereka bertanya, ‘Benarkah dia anak kamu yang buta sejak lahir? Bagaimana pula dia boleh celik?’
20Ibu bapa orang itu menjawab, ‘Ya, benar dia anak kami yang buta sejak lahir.
21Tetapi kami tidak tahu bagaimana dia dapat melihat sekarang dan siapa yang menyembuhkan matanya. Dia sudah dewasa, tanyalah dia. Dia dapat menjawab sendiri.’
22Ibu bapa orang itu berkata demikian kerana takut akan orang Yahudi itu yang telah bersetuju bahawa sesiapa yang mengakui Isa itu al-Masih akan disingkirkan dari saumaah.
23Maka itulah ibu bapanya berkata, ‘Dia sudah dewasa, tanyalah dia.’

Read Yahya 9Yahya 9
Compare Yahya 9:14-23Yahya 9:14-23