Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Yahya 9:1-11 in Malay (individual language)

Help us?

Yahya 9:1-11 in Kitab Suci Zabur dan Injil

1 Ketika Isa sedang lalu di suatu tempat, Dia terpandang seorang lelaki yang buta sejak lahir.
2 Para pengikut-Nya bertanya, ‘Tuan Guru, siapakah yang berdosa, orang itu atau ibu bapanya, maka dia dilahirkan buta?’
3 Isa menjawab, ‘Bukan dia dan bukan juga ibu bapanya. Dia begitu supaya kuasa Allah dapat dinyatakan melaluinya.
4 Selagi siang, kita mesti melakukan tugas Dia yang telah mengutus-Ku. Malam akan tiba apabila seorang tidak dapat melakukan apa-apa lagi.
5 Selama Aku di dunia, Akulah cahaya dunia.’
6 Selepas itu, Isa berludah ke tanah untuk membuat tanah liat lalu menyapukannya pada mata orang itu.
7 Isa berkata kepadanya, ‘Pergilah basuh mukamu di Kolam Siloam’ (Siloam bererti ‘diutus’ dalam bahasa Ibrani). Orang itu pun pergi membasuh muka. Apabila dia kembali, dia sudah dapat melihat.
8 Jiran tetangga dan semua orang yang tahu dia buta bertanya, ‘Bukankah orang ini yang selalu duduk meminta sedekah?’
9 Ada yang berkata, ‘Ya, dialah.’ Ada pula yang berkata, ‘Bukan, hanya serupa dengannya.’ Tetapi orang itu sendiri mengaku, ‘Akulah orang itu.’
10 Mereka bertanya kepadanya, ‘Bagaimanakah sekarang kamu dapat melihat?’
11 Dia menjawab, ‘Orang yang bernama Isa telah membuat secebis tanah liat, disapukan-Nya ke mataku lalu berkata, “Pergilah basuh mukamu di Kolam Siloam.” Sebaik-baik sahaja aku membasuh muka di kolam itu, aku pun dapat melihat.’
Yahya 9 in Kitab Suci Zabur dan Injil