Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Yahya - Yahya 9

Yahya 9:1-11

Help us?
Click on verse(s) to share them!
1Ketika Isa sedang lalu di suatu tempat, Dia terpandang seorang lelaki yang buta sejak lahir.
2Para pengikut-Nya bertanya, ‘Tuan Guru, siapakah yang berdosa, orang itu atau ibu bapanya, maka dia dilahirkan buta?’
3Isa menjawab, ‘Bukan dia dan bukan juga ibu bapanya. Dia begitu supaya kuasa Allah dapat dinyatakan melaluinya.
4Selagi siang, kita mesti melakukan tugas Dia yang telah mengutus-Ku. Malam akan tiba apabila seorang tidak dapat melakukan apa-apa lagi.
5Selama Aku di dunia, Akulah cahaya dunia.’
6Selepas itu, Isa berludah ke tanah untuk membuat tanah liat lalu menyapukannya pada mata orang itu.
7Isa berkata kepadanya, ‘Pergilah basuh mukamu di Kolam Siloam’ (Siloam bererti ‘diutus’ dalam bahasa Ibrani). Orang itu pun pergi membasuh muka. Apabila dia kembali, dia sudah dapat melihat.
8Jiran tetangga dan semua orang yang tahu dia buta bertanya, ‘Bukankah orang ini yang selalu duduk meminta sedekah?’
9Ada yang berkata, ‘Ya, dialah.’ Ada pula yang berkata, ‘Bukan, hanya serupa dengannya.’ Tetapi orang itu sendiri mengaku, ‘Akulah orang itu.’
10Mereka bertanya kepadanya, ‘Bagaimanakah sekarang kamu dapat melihat?’
11Dia menjawab, ‘Orang yang bernama Isa telah membuat secebis tanah liat, disapukan-Nya ke mataku lalu berkata, “Pergilah basuh mukamu di Kolam Siloam.” Sebaik-baik sahaja aku membasuh muka di kolam itu, aku pun dapat melihat.’

Read Yahya 9Yahya 9
Compare Yahya 9:1-11Yahya 9:1-11