7Janganlah hairan akan kata-kata-Ku bahawa kamu semua perlu dilahirkan semula.
8Angin bertiup semahunya. Kita mendengar bunyinya, tetapi tidak tahu dari mana datangnya dan ke mana perginya. Demikianlah juga dengan orang yang dilahirkan oleh Roh Suci.’
9Nikodemus bertanya, ‘Bagaimana hal itu boleh berlaku?’
10Isa menjawab, ‘Kamu pengajar bangsa Israel dan kamu tidak mengetahui hal ini?
11Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, apa yang kami ketahui, itulah yang kami katakan, dan apa yang telah kami lihat, itulah yang kami saksikan, tetapi kamu tidak mahu menerimanya.
12Jika kamu tidak percaya ketika Aku bercakap tentang hal-hal dunia, bagaimana mungkin kamu percaya sekiranya Aku bercakap tentang hal-hal syurga?
13Tiada seorang pun pernah naik ke syurga, kecuali Putera Insan yang turun dari syurga.
14Sebagaimana ular diangkat oleh Musa di gurun, begitulah Putera Insan akan diangkat
15supaya semua yang percaya kepada-Nya mendapat hidup yang kekal.