37Juga tersurat di dalam Kitab Suci, ‘Mereka akan memandang Dia yang telah ditikam oleh mereka.’
38Selepas itu, Yusuf yang berasal dari Arimatea meminta izin daripada Pilatus untuk mengambil jenazah Isa. Yusuf ialah seorang pengikut Isa secara diam-diam kerana takut akan ketua orang Yahudi. Dengan izin Pilatus, maka dia datang dan mengambil jenazah Isa.
39Nikodemus, yang pernah mendapatkan Isa pada suatu malam dahulu, pergi bersama Yusuf membawa ramuan mur dan gaharu sebanyak kira-kira seratus paun.
40Mereka mengambil jenazah Isa lalu mengkafankannya dengan kain kafan dan ramuan mengikut adat pengebumian orang Yahudi.
41Di sebuah taman di tempat Isa disalib terdapat sebuah makam yang belum pernah digunakan.