Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Rom 7:4-11 in Malay (individual language)

Help us?

Rom 7:4-11 in Kitab Suci Zabur dan Injil

4 Oleh itu saudara-saudaraku, kamu juga telah mati kepada hukum Taurat melalui tubuh al-Masih, supaya kamu menjadi milik kepada yang lain, iaitu kepada Dia yang telah dibangkitkan daripada kematian, dan dengan demikian kita dapat menghasilkan buah kepada Allah.
5 Kerana dahulu ketika kita dikawal oleh sifat tabii yang berdosa, hawa nafsu berdosa yang ditimbulkan oleh hukum telah bekerja dalam tubuh kita, sehingga kita menghasilkan buah untuk kematian.
6 Tetapi sekarang, kita telah mati kepada apa yang membelenggu kita dahulu, maka kita telah dibebaskan daripada hukum untuk berkhidmat dalam cara baru Roh, tidak lagi dalam cara lama yang berasaskan peraturan bersurat.
7 Jadi, apakah yang akan kita katakan? Adakah hukum itu dosa? Sama sekali tidak! Memang aku tidak mungkin tahu apa itu dosa kecuali melalui hukum. Kerana aku tidak mungkin tahu apa sebenarnya keinginan jahat jika hukum tidak mengatakan, ‘Jangan ingini milik orang’.
8 Tetapi dosa telah merebut peluang yang diberikan oleh perintah itu lalu menimbulkan dalam diriku segala jenis keinginan jahat. Kerana tanpa hukum, dosa tidak wujud.
9 Satu masa dahulu, aku hidup tanpa hukum; tetapi apabila datang perintah itu, hiduplah dosa dan matilah aku.
10 Aku mendapati bahawa perintah yang dimaksudkan membawa kehidupan itu telah membawa kematian.
11 Kerana dosa telah merebut peluang yang diberikan oleh perintah itu lalu memperdayaku, dan melalui perintah itu telah menjerumuskanku ke dalam kematian.
Rom 7 in Kitab Suci Zabur dan Injil