Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Rom - Rom 7

Rom 7:4-11

Help us?
Click on verse(s) to share them!
4Oleh itu saudara-saudaraku, kamu juga telah mati kepada hukum Taurat melalui tubuh al-Masih, supaya kamu menjadi milik kepada yang lain, iaitu kepada Dia yang telah dibangkitkan daripada kematian, dan dengan demikian kita dapat menghasilkan buah kepada Allah.
5Kerana dahulu ketika kita dikawal oleh sifat tabii yang berdosa, hawa nafsu berdosa yang ditimbulkan oleh hukum telah bekerja dalam tubuh kita, sehingga kita menghasilkan buah untuk kematian.
6Tetapi sekarang, kita telah mati kepada apa yang membelenggu kita dahulu, maka kita telah dibebaskan daripada hukum untuk berkhidmat dalam cara baru Roh, tidak lagi dalam cara lama yang berasaskan peraturan bersurat.
7Jadi, apakah yang akan kita katakan? Adakah hukum itu dosa? Sama sekali tidak! Memang aku tidak mungkin tahu apa itu dosa kecuali melalui hukum. Kerana aku tidak mungkin tahu apa sebenarnya keinginan jahat jika hukum tidak mengatakan, ‘Jangan ingini milik orang’.
8Tetapi dosa telah merebut peluang yang diberikan oleh perintah itu lalu menimbulkan dalam diriku segala jenis keinginan jahat. Kerana tanpa hukum, dosa tidak wujud.
9Satu masa dahulu, aku hidup tanpa hukum; tetapi apabila datang perintah itu, hiduplah dosa dan matilah aku.
10Aku mendapati bahawa perintah yang dimaksudkan membawa kehidupan itu telah membawa kematian.
11Kerana dosa telah merebut peluang yang diberikan oleh perintah itu lalu memperdayaku, dan melalui perintah itu telah menjerumuskanku ke dalam kematian.

Read Rom 7Rom 7
Compare Rom 7:4-11Rom 7:4-11