Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Rom 7:17-24 in Malay (individual language)

Help us?

Rom 7:17-24 in Kitab Suci Zabur dan Injil

17 Nyatalah bahawa bukan aku yang melakukannya, tetapi dosa yang hidup dalam diriku.
18 Aku tahu bahawa tidak ada sesuatu yang baik hidup dalam diriku, iaitu dalam sifat tabiiku yang berdosa. Kerana aku hendak melakukan apa yang baik, tetapi aku tidak mampu melaksanakannya.
19 Kerana yang kulakukan bukanlah kebaikan yang hendak kulakukan; tidak, kejahatan yang tidak hendak kulakukan – itulah yang kulakukan terus-menerus.
20 Jika aku melakukan sesuatu yang tidak ingin kulakukan, bukanlah lagi aku yang melakukannya tetapi dosa yang hidup dalam dirikulah yang melakukan.
21 Oleh itu aku mendapati hukum ini berlangsung; apabila aku hendak melakukan kebaikan, kejahatan bertapak di sisiku.
22 Kerana dalam jiwaku aku suka akan hukum Allah
23 tetapi aku melihat hukum lain bertindak dalam anggota-anggota tubuhku, memerangi hukum jiwaku dan membuat aku terpenjara dalam hukum dosa yang bertindak dalam anggota-anggota tubuhku.
24 Alangkah sengsaranya aku! Siapa yang akan menyelamatkanku daripada tubuh kematian ini?
Rom 7 in Kitab Suci Zabur dan Injil