Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Rom - Rom 7

Rom 7:17-24

Help us?
Click on verse(s) to share them!
17Nyatalah bahawa bukan aku yang melakukannya, tetapi dosa yang hidup dalam diriku.
18Aku tahu bahawa tidak ada sesuatu yang baik hidup dalam diriku, iaitu dalam sifat tabiiku yang berdosa. Kerana aku hendak melakukan apa yang baik, tetapi aku tidak mampu melaksanakannya.
19Kerana yang kulakukan bukanlah kebaikan yang hendak kulakukan; tidak, kejahatan yang tidak hendak kulakukan – itulah yang kulakukan terus-menerus.
20Jika aku melakukan sesuatu yang tidak ingin kulakukan, bukanlah lagi aku yang melakukannya tetapi dosa yang hidup dalam dirikulah yang melakukan.
21Oleh itu aku mendapati hukum ini berlangsung; apabila aku hendak melakukan kebaikan, kejahatan bertapak di sisiku.
22Kerana dalam jiwaku aku suka akan hukum Allah
23tetapi aku melihat hukum lain bertindak dalam anggota-anggota tubuhku, memerangi hukum jiwaku dan membuat aku terpenjara dalam hukum dosa yang bertindak dalam anggota-anggota tubuhku.
24Alangkah sengsaranya aku! Siapa yang akan menyelamatkanku daripada tubuh kematian ini?

Read Rom 7Rom 7
Compare Rom 7:17-24Rom 7:17-24