Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Rom - Rom 2

Rom 2:9-16

Help us?
Click on verse(s) to share them!
9Kesusahan dan kesengsaraan akan menimpa diri setiap orang yang melakukan kedurjanaan: mula-mula kepada orang Yahudi, kemudian kepada orang bukan bani Israel juga;
10tetapi kemuliaan, kehormatan dan kesejahteraan akan dicurahkan kepada setiap orang yang berbuat baik: mula-mula orang Yahudi, kemudian bangsa asing juga.
11Allah tidak menghakimi berat sebelah.
12Sekalian yang telah melakukan dosa tanpa mengenal hukum Taurat akan binasa tanpa hukum Taurat. Sekalian yang melakukan dosa sedangkan mereka mengenal hukum Taurat akan dihakimi menurut hukum Taurat.
13Ini kerana orang yang benar di sisi Allah bukanlah mereka yang mendengar hukum Taurat, tetapi mereka yang mengamalkan ajarannya.
14Apabila orang bukan bani Israel, yang tidak mempunyai hukum Taurat, secara tabii melakukan perkara-perkara yang terkandung di dalam hukum Taurat, maka mereka ini adalah hukum bagi diri mereka sendiri.
15Hukum itu tersurat di hati mereka dan hati nurani mereka juga naik saksi. Fikiran mereka menuduh atau membela mereka,
16pada hari Allah menghakimi segala rahsia manusia melalui Isa al-Masih, menurut Injil yang kuberitakan.

Read Rom 2Rom 2
Compare Rom 2:9-16Rom 2:9-16