Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Rom 1:6-14 in Malay (individual language)

Help us?

Rom 1:6-14 in Kitab Suci Zabur dan Injil

6 Kamu juga termasuk dalam golongan itu, kerana Allah telah memanggilmu menjadi umat Isa al-Masih.
7 Aku menulis kepada kamu sekalian di Rom, yang dikasihi oleh Allah dan dipanggil menjadi orang salih. Semoga Allah Bapa kita dan Junjungan Isa al-Masih memberimu kasih kurnia dan kesejahteraan.
8 Pertama sekali, aku bersyukur kepada Allah Tuhanku melalui Isa al-Masih kerana kamu sekalian, disebabkan seluruh dunia memperkatakan imanmu.
9 Allah, yang kusembah sepenuh hati dalam menyebarkan Injil Putera-Nya, menjadi saksiku bahawa aku sentiasa mengingatimu
10 dalam doaku, dan memohon semoga dengan izin Allah aku dapat mengunjungimu.
11 Aku sungguh ingin berjumpa dengan kamu untuk menyampaikan sesuatu pemberian rohani bagi menguatkanmu;
12 maksudku, supaya kita saling meneguhkan semangat: aku mendapat keteguhan daripada imanmu, dan kamu daripada imanku.
13 Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, aku telah merancang berkali-kali untuk mengunjungimu, namun hingga kini ada saja aral melintang. Aku ingin agar pelayananku di kalanganmu membuahkan hasil, seperti di kalangan bangsa-bangsa asing yang lain.
14 Aku memikul kewajipan terhadap orang Yunani dan yang bukan orang Yunani, yang bertamadun dan yang tidak bertamadun, yang berpendidikan dan yang tidak berpendidikan.
Rom 1 in Kitab Suci Zabur dan Injil