Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Lukas 8:41-54 in Malay (individual language)

Help us?

Lukas 8:41-54 in Kitab Suci Zabur dan Injil

41 Seorang lelaki yang bernama Yairus, iaitu ketua saumaah datang kepada-Nya. Dia sujud pada kaki Isa dan memohon kepada-Nya supaya datang ke rumahnya
42 kerana anak perempuan tunggalnya yang berumur dua belas tahun hampir mati. Semasa Isa berjalan, orang ramai itu mengasak-Nya dari semua sudut.
43 Terdapat seorang perempuan yang mengidap penyakit pendarahan selama dua belas tahun dan walaupun dia telah menghabiskan segala harta bendanya untuk mendapatkan rawatan daripada beberapa orang tabib, dia tidak dapat disembuhkan oleh sesiapapun.
44 Perempuan itu datang dari belakang Isa dan menyentuh kaki jubah-Nya. Seketika itu juga, penyakit pendarahannya sembuh.
45 Isa berkata, ‘Siapakah yang menyentuh Aku?’ Apabila semua orang menafikannya, Petrus berkata, ‘Tuan, orang ramai ini menghimpit dan mengasak Tuan.’
46 Tetapi Isa berkata, ‘Ada orang menyentuh Aku kerana Aku tahu bahawa kuasa telah keluar daripada-Ku.’
47 Apabila perempuan itu mengetahui perbuatannya tidak dapat disembunyikan, dia datang dengan gementar lalu sujud di hadapan Isa dan menceritakan kepada-Nya di hadapan orang ramai itu sebabnya dia menyentuh Isa serta bagaimana dia sembuh seketika itu juga.
48 Isa berkata kepadanya, ‘Anak-Ku, imanmu telah menyembuhkanmu. Pergilah dengan sejahtera.’
49 Sementara Isa masih berkata-kata, seorang utusan datang dari rumah ketua saumaah dan berkata kepada ketua itu, ‘Anak perempuan tuan telah mati. Tidak usah menyusahkan Guru lagi.’
50 Isa mendengar ini dan berkata kepada ketua itu, ‘Janganlah takut, percaya sahaja dan anakmu akan dipulihkan.’
51 Apabila sampai ke rumah itu, Isa tidak membenarkan sesiapapun masuk bersama-sama selain Petrus, Yahya dan Yakobus serta ibu bapa budak itu.
52 Semua orang menangis dan meratapi kematian budak itu. Isa berkata, ‘Janganlah menangis. Dia bukan mati, dia cuma tidur.’
53 Mereka mengetawakan Isa kerana mereka mengetahui anak itu telah mati.
54 Tetapi Isa memegang tangan budak itu dan berseru, ‘Anak-Ku, bangunlah!’
Lukas 8 in Kitab Suci Zabur dan Injil