Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Lukas - Lukas 8

Lukas 8:41-54

Help us?
Click on verse(s) to share them!
41Seorang lelaki yang bernama Yairus, iaitu ketua saumaah datang kepada-Nya. Dia sujud pada kaki Isa dan memohon kepada-Nya supaya datang ke rumahnya
42kerana anak perempuan tunggalnya yang berumur dua belas tahun hampir mati. Semasa Isa berjalan, orang ramai itu mengasak-Nya dari semua sudut.
43Terdapat seorang perempuan yang mengidap penyakit pendarahan selama dua belas tahun dan walaupun dia telah menghabiskan segala harta bendanya untuk mendapatkan rawatan daripada beberapa orang tabib, dia tidak dapat disembuhkan oleh sesiapapun.
44Perempuan itu datang dari belakang Isa dan menyentuh kaki jubah-Nya. Seketika itu juga, penyakit pendarahannya sembuh.
45Isa berkata, ‘Siapakah yang menyentuh Aku?’ Apabila semua orang menafikannya, Petrus berkata, ‘Tuan, orang ramai ini menghimpit dan mengasak Tuan.’
46Tetapi Isa berkata, ‘Ada orang menyentuh Aku kerana Aku tahu bahawa kuasa telah keluar daripada-Ku.’
47Apabila perempuan itu mengetahui perbuatannya tidak dapat disembunyikan, dia datang dengan gementar lalu sujud di hadapan Isa dan menceritakan kepada-Nya di hadapan orang ramai itu sebabnya dia menyentuh Isa serta bagaimana dia sembuh seketika itu juga.
48Isa berkata kepadanya, ‘Anak-Ku, imanmu telah menyembuhkanmu. Pergilah dengan sejahtera.’
49Sementara Isa masih berkata-kata, seorang utusan datang dari rumah ketua saumaah dan berkata kepada ketua itu, ‘Anak perempuan tuan telah mati. Tidak usah menyusahkan Guru lagi.’
50Isa mendengar ini dan berkata kepada ketua itu, ‘Janganlah takut, percaya sahaja dan anakmu akan dipulihkan.’
51Apabila sampai ke rumah itu, Isa tidak membenarkan sesiapapun masuk bersama-sama selain Petrus, Yahya dan Yakobus serta ibu bapa budak itu.
52Semua orang menangis dan meratapi kematian budak itu. Isa berkata, ‘Janganlah menangis. Dia bukan mati, dia cuma tidur.’
53Mereka mengetawakan Isa kerana mereka mengetahui anak itu telah mati.
54Tetapi Isa memegang tangan budak itu dan berseru, ‘Anak-Ku, bangunlah!’

Read Lukas 8Lukas 8
Compare Lukas 8:41-54Lukas 8:41-54