Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Lukas - Lukas 7

Lukas 7:6-19

Help us?
Click on verse(s) to share them!
6Lalu Isa pun pergi bersama mereka. Tatkala Dia tidak berapa jauh dari rumah, ketua tentera itu menyuruh beberapa orang sahabat memberitahu Isa, ‘Tuan, tak usah Tuan menyusahkan diri ke rumah aku kerana aku tidak layak.
7Aku juga tidak layak datang untuk menemui Tuan. Memadailah Tuan memberikan perintah sahaja dan hambaku itu akan sembuh.
8Aku juga di bawah perintah orang atasan dan aku ada askar di bawah perintahku. Aku memerintah seseorang, “Pergilah!” dan dia akan pergi; aku memerintah seorang lagi, “Mari!” dan dia akan datang. Aku memerintah seorang hamba, “Buat kerja ini!” dan dia akan melakukannya.’
9Isa kagum mendengar ini lalu Dia berpaling kepada orang ramai yang mengikut-Nya sambil berkata, ‘Aku berkata kepadamu bahawa antara bangsa Israel sekalipun belum pernah Aku jumpa orang yang beriman seteguh ini.’
10Apabila mereka yang disuruh itu kembali ke rumah ketua tentera Rom itu, mereka mendapati hamba itu telah sembuh.
11Tidak lama kemudian, Isa pergi ke sebuah bandar yang bernama Nain; pengikut-pengikut-Nya dan orang ramai pergi bersama-Nya.
12Ketika Dia mendekati pintu gerbang bandar itu, mayat anak lelaki tunggal seorang balu sedang diusung keluar dan sekumpulan besar orang dari bandar itu bersama dengan wanita itu.
13Apabila Isa melihat balu itu, Dia berasa kasihan terhadapnya lalu berkata kepadanya, ‘Janganlah menangis.’
14Dia berjalan ke hadapan dan menyentuh keranda itu. Orang yang mengusung keranda itu pun berhenti. Lalu Isa berkata, ‘Hai pemuda, Aku berkata kepadamu – bangun!’
15Orang yang sudah mati itu pun bangun dan mula bercakap; lalu Isa mengembalikannya kepada ibunya.
16Setiap orang ketakutan lalu memuji Allah: ‘Seorang nabi yang agung telah muncul di kalangan kita!’ dan ‘Allah telah mendatangi umat-Nya.’
17Khabar tentang Isa ini tersebar ke seluruh jajahan Yudea dan daerah di sekelilingnya.
18Pengikut-pengikut Yahya memaklumkan segala perkara ini kepada Yahya.
19Yahya memanggil dua orang pengikutnya lalu menyuruh mereka pergi kepada Junjungan untuk bertanya, ‘Adakah Tuan yang dikatakan akan datang itu, atau haruskah kami menantikan seorang yang lain?’

Read Lukas 7Lukas 7
Compare Lukas 7:6-19Lukas 7:6-19