Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Lukas - Lukas 19

Lukas 19:34-43

Help us?
Click on verse(s) to share them!
34Pengikut-pengikut itu menjawab, ‘Junjungan memerlukannya.’
35Lalu mereka membawanya kepada Isa. Kemudian, mereka menghamparkan jubah mereka di atas anak keldai itu dan menolong Isa naik ke atasnya.
36Ketika Isa menunggang keldai itu, orang ramai pun membentangkan jubah mereka di jalan.
37Apabila Dia menghampiri jalan yang turun dari Bukit Zaitun, semua pengikut-Nya mula bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat kerana semua mukjizat yang telah disaksikan oleh mereka:
38‘Diberkatilah Raja yang datang dengan nama Tuhan!’ ‘Kesejahteraan di syurga dan kemuliaan di tempat yang maha tinggi!’
39Antara orang ramai itu ada beberapa orang Farisi yang berkata kepada Isa, ‘Tuan Guru, suruh pengikut-pengikut-Mu diam.’
40Isa menjawab, ‘Aku berkata kepadamu bahawa jikalau mereka diam, batu-batu pula akan bersorak.’
41Ketika Isa menghampiri Baitulmaqdis dan melihat kota itu, Dia pun menangisinya,
42lalu berkata, ‘Kalaulah kiranya pada hari ini engkau mengetahui perkara-perkara yang dapat membawa sejahtera kepadamu! Tetapi sekarang semuanya dirahsiakan daripadamu.
43Masanya akan datang apabila musuh-musuhmu akan mengelilingimu dengan sekatan, mengepung dan mengasakmu dari semua arah.

Read Lukas 19Lukas 19
Compare Lukas 19:34-43Lukas 19:34-43