30‘Pergilah ke kampung di hadapan itu. Apabila kamu masuk ke kampung itu, kamu akan mendapati seekor anak keldai yang tertambat. Anak keldai itu belum pernah ditunggangi orang. Lepaskan keldai itu dan bawa ke mari.
31Jikalau ada orang bertanya kepadamu, “Mengapakah kamu melepaskan keldai?” kamu hendaklah berkata kepadanya, “Junjungan memerlukannya.” ’
32Kedua-dua pengikut itu pun pergi dan mendapati sebagaimana yang telah dikatakan Isa kepada mereka.
33Ketika mereka melepaskan anak keldai itu, tuan anak keldai itu berkata kepada mereka, ‘Mengapakah kamu melepaskan anak keldai ini?’
34Pengikut-pengikut itu menjawab, ‘Junjungan memerlukannya.’
35Lalu mereka membawanya kepada Isa. Kemudian, mereka menghamparkan jubah mereka di atas anak keldai itu dan menolong Isa naik ke atasnya.
36Ketika Isa menunggang keldai itu, orang ramai pun membentangkan jubah mereka di jalan.
37Apabila Dia menghampiri jalan yang turun dari Bukit Zaitun, semua pengikut-Nya mula bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat kerana semua mukjizat yang telah disaksikan oleh mereka:
38‘Diberkatilah Raja yang datang dengan nama Tuhan!’ ‘Kesejahteraan di syurga dan kemuliaan di tempat yang maha tinggi!’
39Antara orang ramai itu ada beberapa orang Farisi yang berkata kepada Isa, ‘Tuan Guru, suruh pengikut-pengikut-Mu diam.’
40Isa menjawab, ‘Aku berkata kepadamu bahawa jikalau mereka diam, batu-batu pula akan bersorak.’
41Ketika Isa menghampiri Baitulmaqdis dan melihat kota itu, Dia pun menangisinya,