Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Lukas 10:4-20 in Malay (individual language)

Help us?

Lukas 10:4-20 in Kitab Suci Zabur dan Injil

4 Janganlah bawa dompet atau beg sedekah atau kasut dan jangan berhenti di jalan untuk bersalam dengan sesiapapun.
5 ‘Apabila kamu memasuki sesebuah rumah, kamu hendaklah terlebih dahulu mengucapkan “Sejahteralah seisi rumah ini.”
6 Jikalau orang yang tinggal di rumah itu layak menerima sejahtera, sejahteramu akan tetap padanya. Jika tidak, sejahteramu itu akan kembali kepadamu.
7 Tinggallah di rumah yang sama, dan makan serta minum apa sahaja yang dihidangkan kerana orang yang bekerja itu layak mendapat upah. Jangan berpindah dari rumah ke rumah.
8 ‘Apabila kamu pergi ke sesebuah bandar dan kamu disambut, makanlah apa sahaja yang dihidangkan.
9 Sembuhkan orang sakit yang ada di situ dan berkata kepada mereka, “Kerajaan Allah telah mendekati kamu.”
10 Apabila kamu pergi ke sesebuah bandar dan kamu tidak disambut, kamu hendaklah keluar ke jalan dan berkata,
11 “Debu bandarmu yang terlekat di kaki kami pun kami kebaskan sebagai bantahan terhadapmu. Tetapi ketahuilah bahawa kerajaan Allah telah mendekati kamu.”
12 Aku berkata kepadamu bahawa pada hari pengadilan nanti, penduduk Sodom akan kurang sengsaranya daripada penduduk bandar itu.
13 ‘Malangnya kamu, penduduk Korazin! Malangnya kamu, penduduk Baitsaida! Jikalau mukjizat yang dilakukan di kalangan kamu dilakukan di Tirus dan Sidon, sudah lama penduduk di situ bertaubat daripada dosa mereka dengan memakai baju kabung dan menaruh abu pada kepala.
14 Penduduk Tirus dan Sidon akan kurang sengsaranya daripada kamu pada hari pengadilan nanti.
15 Hai penduduk Kapernaum, adakah kamu akan ditinggikan sampai ke langit? Tidak, kamu akan dicampakkan ke dalam neraka!’
16 ‘Sesiapa yang mendengar kata-katamu mendengar kata-kata Aku; sesiapa yang menentangmu menentang Aku; dan sesiapa yang menentang Aku juga menentang Dia yang mengutus Aku.’
17 Tujuh puluh orang pengikut itu kembali dengan sukacitanya dan berkata, ‘Ya Junjungan, demi nama-Mu segala roh iblis pun menurut perintah kami.’
18 Isa berkata kepada mereka, ‘Aku melihat Iblis jatuh dari langit seperti kilat.
19 Aku telah memberimu kuasa untuk memijak ular dan kala jengking serta kuasa atas segala kekuatan musuh. Tiada apa-apa yang dapat mencederakan kamu.
20 Tetapi jangan kamu bersukacita kerana segala roh iblis menurut perintahmu tetapi bersukacitalah kerana namamu tercatat di syurga.’
Lukas 10 in Kitab Suci Zabur dan Injil