Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Lukas 10:17-26 in Malay (individual language)

Help us?

Lukas 10:17-26 in Kitab Suci Zabur dan Injil

17 Tujuh puluh orang pengikut itu kembali dengan sukacitanya dan berkata, ‘Ya Junjungan, demi nama-Mu segala roh iblis pun menurut perintah kami.’
18 Isa berkata kepada mereka, ‘Aku melihat Iblis jatuh dari langit seperti kilat.
19 Aku telah memberimu kuasa untuk memijak ular dan kala jengking serta kuasa atas segala kekuatan musuh. Tiada apa-apa yang dapat mencederakan kamu.
20 Tetapi jangan kamu bersukacita kerana segala roh iblis menurut perintahmu tetapi bersukacitalah kerana namamu tercatat di syurga.’
21 Pada ketika itu, Isa bersukacita kerana dipenuhi dengan Roh Suci lalu berkata, ‘Ya Bapa yang memerintah langit dan bumi, Aku bersyukur kerana Engkau telah menunjukkan kepada orang yang seperti kanak-kanak apa yang Engkau sembunyikan daripada orang yang terpelajar dan pandai. Ya Bapa, ini dilakukan kerana sedemikianlah yang Engkau berkenan.
22 ‘Bapa-Ku telah menyerahkan segala sesuatu kepada-Ku. Tiada sesiapa mengenal siapa Putera kecuali Bapa; dan tiada sesiapa mengenal Bapa kecuali Putera serta mereka yang dipilih oleh Putera untuk menyatakan Bapa.’
23 Isa berpaling kepada pengikut-pengikut-Nya lalu berkata secara sulit, ‘Diberkatilah mata yang melihat segala perkara yang kamu lihat.
24 Aku memberitahumu bahawa ramai nabi dan raja dahulu yang ingin melihat apa yang kamu lihat, tetapi tidak dapat melihatnya serta ingin mendengar apa yang kamu dengar, tetapi tidak dapat mendengarnya.’
25 Seorang ahli Taurat datang dan cuba memerangkap Isa. Dia bertanya, ‘Tuan Guru, apakah yang patut aku buat supaya memperoleh hidup yang kekal?’
26 Isa berkata, ‘Apakah yang tercatat dalam Taurat? Bagaimanakah kamu mentafsirnya?’
Lukas 10 in Kitab Suci Zabur dan Injil