Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 2:2-12 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 2:2-12 in Kitab Suci Zabur dan Injil

2 Tiba-tiba kedengaran bunyi dari langit seperti angin kencang menderu, memenuhi seluruh rumah tempat mereka sedang duduk.
3 Kemudian kelihatan lidah-lidah yang berbelah-belah, seperti api rupanya, dan setiap satu hinggap di atas setiap orang daripada mereka.
4 Mereka semuanya dipenuhi Roh Suci lalu mulai bertutur dalam pelbagai bahasa asing, seperti yang diberi oleh Roh itu.
5 Pada waktu itu terdapat orang Yahudi yang salih daripada segala bangsa di dunia tinggal di Baitulmaqdis.
6 Apabila mendengar bunyi itu, mereka datang beramai-ramai lalu tercengang kerana masing-masing mendengar orang bertutur dalam bahasanya.
7 Mereka hairan dan takjub lalu berkata sesama sendiri, ‘Bukankah semuanya yang berkata-kata ini orang Galilea?
8 Bagaimanakah mungkin masing-masing kita mendengar bahasa ibunda sendiri?
9 Orang Partia, Media, dan Elam, orang yang tinggal di Mesopotamia, Yudea dan Kapadokia, Pontus dan Asia Kecil.
10 Frigia dan Pamfilia, Mesir dan kawasan-kawasan Libya yang bersempadan dengan Kirene, pengunjung dari Rom,
11 baik berbangsa Yahudi mahupun mualaf, orang Kreta dan orang Arab, kita mendengar mereka bercakap dalam bahasa kita masing-masing tentang perbuatan Allah yang menakjubkan.’
12 Oleh itu mereka hairan dan bingung lalu bertanya sesama sendiri, ‘Apakah ertinya semua ini?’
Kisah Para Rasul 2 in Kitab Suci Zabur dan Injil