Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 2

Kisah Para Rasul 2:2-12

Help us?
Click on verse(s) to share them!
2Tiba-tiba kedengaran bunyi dari langit seperti angin kencang menderu, memenuhi seluruh rumah tempat mereka sedang duduk.
3Kemudian kelihatan lidah-lidah yang berbelah-belah, seperti api rupanya, dan setiap satu hinggap di atas setiap orang daripada mereka.
4Mereka semuanya dipenuhi Roh Suci lalu mulai bertutur dalam pelbagai bahasa asing, seperti yang diberi oleh Roh itu.
5Pada waktu itu terdapat orang Yahudi yang salih daripada segala bangsa di dunia tinggal di Baitulmaqdis.
6Apabila mendengar bunyi itu, mereka datang beramai-ramai lalu tercengang kerana masing-masing mendengar orang bertutur dalam bahasanya.
7Mereka hairan dan takjub lalu berkata sesama sendiri, ‘Bukankah semuanya yang berkata-kata ini orang Galilea?
8Bagaimanakah mungkin masing-masing kita mendengar bahasa ibunda sendiri?
9Orang Partia, Media, dan Elam, orang yang tinggal di Mesopotamia, Yudea dan Kapadokia, Pontus dan Asia Kecil.
10Frigia dan Pamfilia, Mesir dan kawasan-kawasan Libya yang bersempadan dengan Kirene, pengunjung dari Rom,
11baik berbangsa Yahudi mahupun mualaf, orang Kreta dan orang Arab, kita mendengar mereka bercakap dalam bahasa kita masing-masing tentang perbuatan Allah yang menakjubkan.’
12Oleh itu mereka hairan dan bingung lalu bertanya sesama sendiri, ‘Apakah ertinya semua ini?’

Read Kisah Para Rasul 2Kisah Para Rasul 2
Compare Kisah Para Rasul 2:2-12Kisah Para Rasul 2:2-12