3 Mereka memohon jasa baik Festus menghantar Paulus ke Baitulmaqdis kerana mereka telah berpakat hendak membunuhnya di pertengahan jalan.
4 Akan tetapi Festus menjawab bahawa Paulus terpenjara di Kaisarea dan dia sendiri pun hendak segera ke sana.
5 Dia berkata, ‘Oleh itu hendaklah orang yang berkuasa di antara kamu berangkat ke sana bersamaku dan mendakwa orang itu, jika dia telah melakukannya.’