3Mereka memohon jasa baik Festus menghantar Paulus ke Baitulmaqdis kerana mereka telah berpakat hendak membunuhnya di pertengahan jalan.
4Akan tetapi Festus menjawab bahawa Paulus terpenjara di Kaisarea dan dia sendiri pun hendak segera ke sana.
5Dia berkata, ‘Oleh itu hendaklah orang yang berkuasa di antara kamu berangkat ke sana bersamaku dan mendakwa orang itu, jika dia telah melakukannya.’