Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 23

Kisah Para Rasul 23:18-29

Help us?
Click on verse(s) to share them!
18Pegawai itu membawa pemuda itu berjumpa ketuanya lalu berkata, ‘Paulus, orang yang terpenjara itu, memanggilku dan meminta pemuda ini dibawa berjumpa tuan kerana ada suatu perkara yang hendak dikatakannya kepada tuan.’
19Ketua pasukan tentera memegang tangan pemuda itu dan membawanya ke tempat yang sunyi lalu bertanya, ‘Apa hal yang hendak kaukatakan kepadaku itu?’
20Pemuda itu berkata, ‘Orang Yahudi telah berpakat hendak meminta tuan membawa Paulus menghadap Majlis Agama esok, seolah-olah hendak meneliti halnya lebih halus lagi.
21Janganlah tuan terpedaya oleh kata-kata mereka, kerana lebih empat puluh orang daripada mereka telah bersumpah tidak akan makan dan minum hingga mereka membunuh Paulus. Mereka akan membunuhnya sebelum dia sampai ke hadapan Majlis Agama itu. Sekarang pun mereka semua sudah sedia menantikan tuan berjanji demikian.’
22Ketua pasukan tentera itu menyuruh pemuda itu pulang setelah berpesan, ‘Jangan beritahu sesiapapun bahawa kamu telah menyatakan hal ini kepadaku.’
23Kemudian dia memanggil dua orang ketua tentera lalu berkata, ‘Lengkapkan dua ratus orang askar untuk pergi ke Kaisarea; askar bertombak dua ratus orang dan askar berkuda tujuh puluh. Mereka mesti bertolak pada pukul sembilan malam ini.’
24Ketua tentera itu juga menyuruh melengkapkan kenderaan dan menaikkan Paulus ke atasnya untuk dibawa kepada Feliks, pemerintah negeri, dengan selamat.
25Ketua tentera itu menulis surat seperti berikut:
26‘Salam daripadaku, Klaudius Lisias, kepada Feliks, pemerintah yang amat mulia.
27‘Orang ini telah ditangkap oleh orang Yahudi. Mereka hendak membunuhnya, lalu aku datang dengan askar-askar dan menyelamatkannya. Aku mendapat tahu dia warganegara Rom.
28Aku ingin mengetahui apa sebabnya dia dituduh oleh bangsanya. Oleh itu aku membawanya untuk menghadap Majlis Agama mereka.
29Aku mendapati dia tertuduh atas beberapa pertikaian tentang hukum agama; tetapi tiada suatu tuduhan pun yang patut dihukum bunuh atau penjara.

Read Kisah Para Rasul 23Kisah Para Rasul 23
Compare Kisah Para Rasul 23:18-29Kisah Para Rasul 23:18-29