Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 23:12-18 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 23:12-18 in Kitab Suci Zabur dan Injil

12 Setelah hari siang, orang Yahudi membuat pakatan. Mereka bersumpah tidak akan makan dan minum hingga mereka membunuh Paulus.
13 Lebih empat puluh orang sepakat mengangkat sumpah itu.
14 Mereka semua menghadap ketua-ketua imam dan para pemimpin masyarakat mereka lalu berkata, ‘Kami telah bersumpah tidak akan makan dan minum hingga kami membunuh Paulus itu.
15 Kamu dan ahli-ahli Majlis Agama tolonglah minta ketua pasukan tentera itu hadapkan Paulus kepada kamu esok, seolah-olah kerana kamu hendak meneliti perkara itu dengan lebih halus lagi. Kami akan bersedia untuk membunuhnya sebelum dia sampai ke sini.’
16 Anak saudara Paulus mendengar tentang pakatan itu lalu masuk ke kubu memberitahunya.
17 Paulus memanggil dan berkata kepada seorang ketua tentera, ‘Bawalah pemuda ini kepada ketua pasukan tentera kerana ada suatu perkara yang hendak dikatakan kepadanya.’
18 Pegawai itu membawa pemuda itu berjumpa ketuanya lalu berkata, ‘Paulus, orang yang terpenjara itu, memanggilku dan meminta pemuda ini dibawa berjumpa tuan kerana ada suatu perkara yang hendak dikatakannya kepada tuan.’
Kisah Para Rasul 23 in Kitab Suci Zabur dan Injil