Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 23

Kisah Para Rasul 23:12-18

Help us?
Click on verse(s) to share them!
12Setelah hari siang, orang Yahudi membuat pakatan. Mereka bersumpah tidak akan makan dan minum hingga mereka membunuh Paulus.
13Lebih empat puluh orang sepakat mengangkat sumpah itu.
14Mereka semua menghadap ketua-ketua imam dan para pemimpin masyarakat mereka lalu berkata, ‘Kami telah bersumpah tidak akan makan dan minum hingga kami membunuh Paulus itu.
15Kamu dan ahli-ahli Majlis Agama tolonglah minta ketua pasukan tentera itu hadapkan Paulus kepada kamu esok, seolah-olah kerana kamu hendak meneliti perkara itu dengan lebih halus lagi. Kami akan bersedia untuk membunuhnya sebelum dia sampai ke sini.’
16Anak saudara Paulus mendengar tentang pakatan itu lalu masuk ke kubu memberitahunya.
17Paulus memanggil dan berkata kepada seorang ketua tentera, ‘Bawalah pemuda ini kepada ketua pasukan tentera kerana ada suatu perkara yang hendak dikatakan kepadanya.’
18Pegawai itu membawa pemuda itu berjumpa ketuanya lalu berkata, ‘Paulus, orang yang terpenjara itu, memanggilku dan meminta pemuda ini dibawa berjumpa tuan kerana ada suatu perkara yang hendak dikatakannya kepada tuan.’

Read Kisah Para Rasul 23Kisah Para Rasul 23
Compare Kisah Para Rasul 23:12-18Kisah Para Rasul 23:12-18