Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 17:8-22 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 17:8-22 in Kitab Suci Zabur dan Injil

8 Apabila orang ramai dan pegawai kerajaan mendengar kata-kata itu, mereka pun gempar.
9 Mereka menerima ikat jamin untuk Yason dan yang lain lalu membenarkan mereka pergi.
10 Para pengikut Isa itu segera menyuruh Paulus dan Silas bertolak ke Beria pada waktu malam. Setelah sampai di sana, mereka masuk ke saumaah.
11 Orang Yahudi di situ lebih mulia rohaninya daripada yang di Tesalonika kerana mereka menerima firman Allah dengan amat sukacita dan menyelidik Kitab Suci untuk memastikan setiap kebenaran yang dikatakan Paulus.
12 Oleh yang demikian ramailah di antara mereka yang percaya, baik wanita-wanita Yunani yang berkedudukan tinggi mahupun kaum lelaki.
13 Akan tetapi apabila orang Yahudi di Tesalonika mendapat tahu bahawa Paulus menyebarkan firman Allah di Beria juga, mereka pergi menghasut dan mengapi-apikan orang di situ supaya merusuh.
14 Para pengikut Isa di Beria segera menyuruh hantar Paulus ke pantai manakala Silas dan Timotius masih di Beria.
15 Orang yang menghantar Paulus itu membawanya hingga ke Atena; setelah menerima pesan Paulus menyuruh Silas dan Timotius segera menyertainya, orang itu pun pulang ke Beria.
16 Sementara Paulus menantikan kedua-duanya di Atena, dia berasa amat sedih melihat kota itu penuh dengan berhala.
17 Oleh itu, dia berhujah di saumaah dengan orang Yahudi dan orang Yunani yang taat akan Allah; dan di medan kota juga dia berbincang dengan siapa sahaja yang ditemuinya.
18 Beberapa orang yang berpegang kepada ajaran Epikuros dan Stoa berhujah dengannya. Ada yang berkata, ‘Apa yang dibebelkannya itu?’ Yang lain berkata, ‘Nampaknya orang ini menyebarkan berita tentang dewa-dewa orang bangsa asing.’ Demikianlah kata mereka kerana Paulus menyebarkan berita baik tentang Isa dan kebangkitan daripada kematian.
19 Mereka membawanya ke Areopagus sambil berkata, ‘Bolehkah kami mengetahui apakah ajaran baru yang kamu katakan ini?
20 Kamu menyampaikan ke telinga kami perkara-perkara yang aneh; oleh itu kami hendak mengetahui ertinya segala perkara ini.’
21 (Semua orang Atena dan orang asing di situ asyik sekali membincangkan atau mendengar tentang perkara-perkara terbaru).
22 Paulus berdiri di tengah Areopagus itu lalu berkata, ‘Saudara-saudara orang Atena, aku lihat dalam semua hal saudara-saudara sentiasa ingat menyembah tuhan.
Kisah Para Rasul 17 in Kitab Suci Zabur dan Injil