Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 17

Kisah Para Rasul 17:8-22

Help us?
Click on verse(s) to share them!
8Apabila orang ramai dan pegawai kerajaan mendengar kata-kata itu, mereka pun gempar.
9Mereka menerima ikat jamin untuk Yason dan yang lain lalu membenarkan mereka pergi.
10Para pengikut Isa itu segera menyuruh Paulus dan Silas bertolak ke Beria pada waktu malam. Setelah sampai di sana, mereka masuk ke saumaah.
11Orang Yahudi di situ lebih mulia rohaninya daripada yang di Tesalonika kerana mereka menerima firman Allah dengan amat sukacita dan menyelidik Kitab Suci untuk memastikan setiap kebenaran yang dikatakan Paulus.
12Oleh yang demikian ramailah di antara mereka yang percaya, baik wanita-wanita Yunani yang berkedudukan tinggi mahupun kaum lelaki.
13Akan tetapi apabila orang Yahudi di Tesalonika mendapat tahu bahawa Paulus menyebarkan firman Allah di Beria juga, mereka pergi menghasut dan mengapi-apikan orang di situ supaya merusuh.
14Para pengikut Isa di Beria segera menyuruh hantar Paulus ke pantai manakala Silas dan Timotius masih di Beria.
15Orang yang menghantar Paulus itu membawanya hingga ke Atena; setelah menerima pesan Paulus menyuruh Silas dan Timotius segera menyertainya, orang itu pun pulang ke Beria.
16Sementara Paulus menantikan kedua-duanya di Atena, dia berasa amat sedih melihat kota itu penuh dengan berhala.
17Oleh itu, dia berhujah di saumaah dengan orang Yahudi dan orang Yunani yang taat akan Allah; dan di medan kota juga dia berbincang dengan siapa sahaja yang ditemuinya.
18Beberapa orang yang berpegang kepada ajaran Epikuros dan Stoa berhujah dengannya. Ada yang berkata, ‘Apa yang dibebelkannya itu?’ Yang lain berkata, ‘Nampaknya orang ini menyebarkan berita tentang dewa-dewa orang bangsa asing.’ Demikianlah kata mereka kerana Paulus menyebarkan berita baik tentang Isa dan kebangkitan daripada kematian.
19Mereka membawanya ke Areopagus sambil berkata, ‘Bolehkah kami mengetahui apakah ajaran baru yang kamu katakan ini?
20Kamu menyampaikan ke telinga kami perkara-perkara yang aneh; oleh itu kami hendak mengetahui ertinya segala perkara ini.’
21(Semua orang Atena dan orang asing di situ asyik sekali membincangkan atau mendengar tentang perkara-perkara terbaru).
22Paulus berdiri di tengah Areopagus itu lalu berkata, ‘Saudara-saudara orang Atena, aku lihat dalam semua hal saudara-saudara sentiasa ingat menyembah tuhan.

Read Kisah Para Rasul 17Kisah Para Rasul 17
Compare Kisah Para Rasul 17:8-22Kisah Para Rasul 17:8-22