36Kemudian, Paulus berkata kepada Barnabas, ‘Sekarang baiklah kita melawat semula saudara-saudara yang percaya kepada Isa di semua kota yang telah kita sampaikan firman Tuhan, untuk melihat bagaimana hal mereka.’
37Barnabas hendak membawa Yahya yang juga bergelar Markus
38tetapi Paulus tidak bersetuju kerana Markus telah meninggalkan mereka di Pamfilia dan tidak ikut serta menjalankan tugas.
39Oleh itu timbul perselisihan sengit dan mereka berpisah: Barnabas membawa Markus belayar ke Siprus
40manakala Paulus memilih Silas sebagai teman seperjalanannya. Setelah jemaah menyerahkan mereka kepada kasih kurnia Tuhan, mereka pun berangkat.