Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 10

Kisah Para Rasul 10:35-45

Help us?
Click on verse(s) to share them!
35Sesiapa yang takut akan Allah dan mengerjakan yang benar, tidak kira apa bangsanya, dialah yang diredai-Nya.
36Firman yang disampaikan Allah kepada bangsa Israel adalah firman yang mengkhabarkan kesejahteraan melalui Isa al-Masih, Junjungan semua manusia.
37Saudara-saudara tahu akan apa yang berlaku di seluruh tanah Yudea mulai dari Galilea, selepas pengimadan yang dikhabarkan oleh Yahya.
38Perkhabaran itu tentang Isa orang Nasaret, betapa Allah telah memilih-Nya sebagai al-Masih dan memberi-Nya Roh Suci serta kuasa. Dia telah pergi merata-rata membuat kebajikan dan menyembuhkan orang yang diseksa oleh Iblis, kerana Allah menyertai Isa.
39‘Kami ini menjadi saksi akan segala yang dilakukan-Nya di tanah orang Yahudi malah juga di Baitulmaqdis. Dia telah dibunuh dengan disalib;
40tetapi Allah membangkitkan-Nya pada hari yang ketiga serta memperlihatkan Dia;
41bukan kepada semua orang tetapi kepada kami yang telah dipilih oleh Allah sebagai saksi, kami yang semakan seminum dengan-Nya setelah Dia bangkit dari kalangan orang mati.
42Dia memerintah kami mengkhabarkan kepada semua orang dan memberikan kesaksian bahawa Dialah yang dijadikan Allah hakim ke atas orang hidup dan orang mati.
43Semua nabi bersaksi tentang-Nya bahawa setiap orang yang percaya kepada Isa akan diampunkan dosanya dengan nama-Nya.’
44Ketika Petrus sedang bercakap, Roh Suci turun dan memenuhi semua yang mendengar perkhabaran itu.
45Beberapa orang Yahudi yang percaya kepada Isa dan datang bersama Petrus dari Yope berasa hairan melihat Allah mencurahkan Roh Suci kepada orang bukan bani Israel juga.

Read Kisah Para Rasul 10Kisah Para Rasul 10
Compare Kisah Para Rasul 10:35-45Kisah Para Rasul 10:35-45