Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Yahya - Yahya 9

Yahya 9:11-18

Help us?
Click on verse(s) to share them!
11Dia menjawab, ‘Orang yang bernama Isa telah membuat secebis tanah liat, disapukan-Nya ke mataku lalu berkata, “Pergilah basuh mukamu di Kolam Siloam.” Sebaik-baik sahaja aku membasuh muka di kolam itu, aku pun dapat melihat.’
12Mereka bertanya, ‘Di manakah orang itu?’ Dia menjawab, ‘Aku tidak tahu.’
13Orang yang dahulunya buta itu dibawa mereka kepada orang Farisi.
14Isa telah membuat tanah liat dan menyembuhkan mata orang itu pada hari Sabat.
15Orang Farisi menanya orang itu bagaimana dia dapat melihat. Jawabnya, ‘Dia menyapukan tanah liat pada mataku, lalu aku membasuh muka, dan kemudian aku dapat melihat.’
16Sebilangan orang Farisi itu berkata, ‘Dia bukan daripada Allah, kerana Dia melanggar peraturan hari Sabat.’ Tetapi ada pula yang berkata, ‘Kalau Dia orang berdosa, bagaimana Dia dapat melakukan mukjizat begini?’ Dengan demikian timbullah perselisihan pendapat di kalangan mereka.
17Orang Farisi bertanya lagi kepada orang yang dahulunya buta itu, ‘Kamu berkata Dia menyembuhkan matamu. Bagaimana pendapatmu tentang Dia?’ Orang itu menjawab, ‘Dia seorang nabi.’
18Orang Yahudi enggan percaya bahawa orang itu dahulu buta matanya. Oleh itu mereka memanggil ibu bapanya.

Read Yahya 9Yahya 9
Compare Yahya 9:11-18Yahya 9:11-18