Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Yahya 8:50-59 in Malay (individual language)

Help us?

Yahya 8:50-59 in Kitab Suci Zabur dan Injil

50 Aku tidak mencari kemuliaan untuk diri-Ku, tetapi Dia yang mencarinya untuk-Ku, dan Dia akan menghakimi.
51 Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, sesiapa yang menurut kata-Ku tidak akan mati.’
52 Orang Yahudi berkata kepada-Nya, ‘Sekarang tahulah kami bahawa Kamu dirasuk roh iblis! Ibrahim sudah mati, begitu juga nabi-nabi. Tetapi Kamu berkata, “Sesiapa yang menurut kata-Ku tidak akan mati.”
53 Adakah Kamu lebih besar daripada bapa kami Ibrahim yang sudah mati? Nabi-nabi juga sudah mati. Kamu sangka Kamu ini siapa?’
54 Isa menjawab, ‘Sekiranya Aku memuliakan diri-Ku, kemuliaan itu tidak bererti. Bapa-Ku yang memuliakan Aku. Kamu mengatakan Dia itu Tuhanmu.
55 Namun, kamu tidak mengenal-Nya, tetapi Aku mengenal-Nya. Sekiranya Kukatakan Aku tidak mengenal-Nya, jadilah Aku pendusta sepertimu. Aku mengenal-Nya dan taat akan firman-Nya.
56 Bapamu Ibrahim bersukacita melihat hari-Ku. Dia melihatnya dan bergembira.’
57 Orang Yahudi berkata kepada-Nya, ‘Usia-Mu belum sampai lima puluh tahun. Bagaimana Kamu mungkin berjumpa dengan Ibrahim?’
58 Isa berkata kepada mereka, ‘Apa yang Kukatakan ini benar, sebelum Ibrahim dilahirkan Aku sudah ada.’
59 Setelah itu mereka memungut batu untuk merejam Isa, tetapi Isa menyembunyikan diri-Nya lalu meninggalkan rumah ibadat.
Yahya 8 in Kitab Suci Zabur dan Injil