48Orang Yahudi berkata, ‘Tidakkah benar kami katakan, Kamu ini orang Samaria dan dirasuk roh iblis?’
49Isa menjawab, ‘Aku tidak dirasuk roh iblis. Aku memuliakan Bapa-Ku, tetapi kamu menghina-Ku.
50Aku tidak mencari kemuliaan untuk diri-Ku, tetapi Dia yang mencarinya untuk-Ku, dan Dia akan menghakimi.
51Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, sesiapa yang menurut kata-Ku tidak akan mati.’
52Orang Yahudi berkata kepada-Nya, ‘Sekarang tahulah kami bahawa Kamu dirasuk roh iblis! Ibrahim sudah mati, begitu juga nabi-nabi. Tetapi Kamu berkata, “Sesiapa yang menurut kata-Ku tidak akan mati.”