Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Yahya 7:6-15 in Malay (individual language)

Help us?

Yahya 7:6-15 in Kitab Suci Zabur dan Injil

6 Lalu Isa berkata kepada mereka, ‘Saat-Ku belum sampai lagi. Saatmu bila-bila sahaja.
7 Dunia ini tiada sebab untuk membencimu. Tetapi dunia membenci-Ku, kerana Aku memberikan kesaksian tentangnya bahawa kerjanya durjana.
8 Pergilah menyambut perayaan itu. Aku tidak pergi kerana saat-Ku belum sampai sepenuhnya.’
9 Setelah berkata demikian, Isa tetap tinggal di Galilea.
10 Apabila saudara-saudara-Nya telah bertolak untuk menghadiri perayaan itu, Isa pun pergi juga secara diam-diam.
11 Pada masa perayaan itu orang Yahudi mencari Isa. Mereka bertanya, ‘Di manakah Dia?’
12 Orang ramai berbisik-bisik tentang-Nya. Ada yang berkata, ‘Dia seorang yang baik.’ Ada pula yang berkata, ‘Tidak! Dia membawa ajaran sesat!’
13 Tetapi semuanya tidak berani bercakap secara terbuka tentang Isa, kerana takut akan orang Yahudi.
14 Pada pertengahan masa perayaan itu, Isa masuk ke rumah ibadat lalu mengajar.
15 Orang Yahudi tercengang mendengar kata-kata-Nya lalu berkata, ‘Bagaimanakah orang ini begitu berpengetahuan walaupun tidak dididik?’
Yahya 7 in Kitab Suci Zabur dan Injil