Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Yahya 7:43-49 in Malay (individual language)

Help us?

Yahya 7:43-49 in Kitab Suci Zabur dan Injil

43 Demikianlah mereka berbalah lalu berpihak-pihak kerana Isa.
44 Beberapa orang ingin menangkap-Nya, namun tiada siapapun menyentuh-Nya.
45 Kemudian para pengawal rumah ibadat datang kepada para ketua imam dan orang Farisi. Lalu mereka bertanya kepada para pengawal rumah ibadat itu, ‘Mengapakah kamu tidak membawa Dia ke sini?’
46 Para pengawal itu menjawab, ‘Belum pernah seseorang bercakap seperti-Nya!”
47 Orang Farisi berkata, ‘Adakah kamu disesatkan juga?
48 Adakah mana-mana pemerintah atau orang Farisi percaya kepada-Nya?
49 Tetapi hanya orang ramai ini tidak mengenal hukum Taurat – terlaknatlah mereka ini!’
Yahya 7 in Kitab Suci Zabur dan Injil