Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Yahya - Yahya 7

Yahya 7:26-38

Help us?
Click on verse(s) to share them!
26Lihatlah, Dia bercakap di hadapan orang ramai, tetapi mereka diam sahaja. Adakah para pemerintah itu benar-benar tahu bahawa Dia al-Masih?
27Orang ini, kita tahu tempat asal-Nya.’ Tetapi, apabila al-Masih datang, tiada siapa yang tahu akan tempat asal-Nya.’
28Ketika Isa mengajar di rumah ibadat, Dia berseru dengan suara lantang, ‘Kamu tentu mengenal siapa Aku dan di mana tempat asal-Ku. Aku datang bukanlah dengan kehendak-Ku sendiri. Dia yang mengutus-Ku dapat dipercayai, tetapi kamu tidak mengenal-Nya.
29Aku mengenal-Nya kerana Dialah yang mengutus-Ku dan Aku datang daripada-Nya.’
30Selepas itu, mereka cuba menangkap Isa. Tetapi tiada seorang pun memegang-Nya kerana saat-Nya belum sampai.
31Sebilangan besar orang ramai itu percaya kepada Isa. Mereka berkata, ‘Apabila al-Masih datang, adakah dia akan melakukan lebih banyak mukjizat daripada orang ini?’
32Apabila bisikan orang ramai didengar oleh orang Farisi, mereka dan para ketua imam pun menyuruh beberapa orang pengawal rumah ibadat menangkap Isa.
33Namun, Isa berkata, ‘Aku akan bersamamu sebentar sahaja. Selepas itu Aku akan pulang kepada Dia yang mengutus-Ku.
34Kamu akan mencari-Ku, tetapi tidak dapat menemui-Ku, kerana kamu tidak boleh datang ke tempat Aku berada.’
35Orang Yahudi berkata sesama sendiri, ‘Ke manakah Dia hendak pergi sehingga kita tidak dapat menemui-Nya? Adakah Dia hendak pergi kepada orang Yahudi yang tinggal di perantauan di kalangan orang Yunani untuk mengajar orang Yunani?’
36Apakah maksud kata-kata-Nya, “Kita akan mencari-Nya tetapi tidak dapat menemui-Nya kerana kita tidak boleh pergi ke tempat Dia berada”?’
37Pada hari terakhir perayaan itu, iaitu hari yang terutama, Isa berdiri lalu berkata dengan suara lantang, ‘Sesiapa yang dahaga, datanglah kepada-Ku untuk minum.’
38Sebagaimana tersurat di dalam Kitab Suci, “Sesiapa yang percaya kepada-Ku, dalam hatinya akan terpancar mata air yang memberi hidup.”’

Read Yahya 7Yahya 7
Compare Yahya 7:26-38Yahya 7:26-38