Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Yahya 7:15-19 in Malay (individual language)

Help us?

Yahya 7:15-19 in Kitab Suci Zabur dan Injil

15 Orang Yahudi tercengang mendengar kata-kata-Nya lalu berkata, ‘Bagaimanakah orang ini begitu berpengetahuan walaupun tidak dididik?’
16 Lalu Isa menjawab, ‘Apa Kuajarkan bukanlah ajaran-Ku, tetapi ajaran Dia yang mengutus-Ku.
17 Orang yang mahu melaksanakan kehendak Allah akan tahu sama ada ajaran ini datang daripada diri-Ku atau daripada Allah.
18 Seseorang yang bercakap atas namanya sendiri mencari kemuliaan bagi dirinya. Sebaliknya, seseorang yang mencari kemuliaan bagi Dia yang mengutusnya, adalah jujur dan bersih daripada sebarang kepalsuan.
19 Tidakkah Musa menyampaikan hukum Taurat kepadamu? Tetapi tidak seorang pun di antara kamu yang melaksanakan hukum Taurat itu. Mengapakah kamu hendak membunuh-Ku?’
Yahya 7 in Kitab Suci Zabur dan Injil