Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Yahya 6:7-26 in Malay (individual language)

Help us?

Yahya 6:7-26 in Kitab Suci Zabur dan Injil

7 Filipus menjawab, ‘Roti yang berharga dua ratus keping wang perak pun tidak cukup, meskipun jika dibahagi secebis seorang.’
8 Seorang lagi pengikut Isa bernama Andreas, saudara Simon Petrus, berkata kepada-Nya,
9 ‘Ada seorang budak di sini yang mempunyai lima buku roti barli dan dua ekor ikan. Tetapi tidak mungkin akan cukup untuk orang seramai ini!’
10 Isa berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Ajaklah mereka duduk.’ (Di situ ada banyak rumput.) Mereka itu pun duduk, kira-kira lima ribu orang lelaki semuanya.
11 Isa mengambil roti itu lalu mengucap syukur kepada Allah. Selepas itu Dia memecah-mecahkan roti itu antara orang ramai itu. Kemudian Dia membahagi-bahagikan ikan itu pula. Semuanya makan sepuas-puasnya.
12 Setelah kenyang semuanya, Isa berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Kumpulkanlah baki makanan, jangan ada yang terbuang.’
13 Lalu mereka mengumpulkannya dan mengisi dua belas bakul baki makanan daripada lima buku roti barli yang dimakan oleh orang ramai itu.
14 Apabila mereka melihat mukjizat yang dilakukan oleh Isa itu, mereka pun berkata, ‘Memang Dialah Nabi yang dinanti-nantikan datang ke dunia!’
15 Isa tahu bahawa mereka hendak datang dan memaksa-Nya menjadi raja. Oleh itu Dia beredar sekali lagi ke bukit seorang diri.
16 Setelah senja hari, para pengikut Isa turun ke tasik.
17 Mereka menaiki perahu menyeberangi tasik itu ke Kapernaum. Hari sudah gelap namun Isa belum pulang mendapatkan mereka.
18 Ketika itu tasik mulai bergelombang kerana angin bertiup kencang.
19 Setelah para pengikut Isa berkayuh tiga atau tiga setengah batu, mereka terpandang Dia berjalan di atas air ke arah perahu mereka, lalu mereka pun ketakutan.
20 Tetapi Isa berkata kepada mereka, ‘Jangan takut, Aku Isa!’
21 Barulah mereka mahu menyambut-Nya naik ke perahu. Pada saat itu juga tibalah perahu itu ke tempat yang dituju.
22 Pada keesokan harinya, orang ramai yang berada di seberang tasik sedar bahawa di situ hanya ada sebuah perahu dan Isa tidak menaiki perahu itu. Mereka tahu bahawa para pengikut Isa telah bertolak menaiki perahu itu tanpa-Nya.
23 Kemudian, beberapa buah perahu dari Tiberias berlabuh dekat tempat orang ramai makan roti selepas Junjungan mengucap syukur.
24 Apabila mereka tidak melihat Isa atau para pengikut-Nya, mereka pun menaiki perahu-perahu itu menuju ke Kapernaum untuk mencari Isa.
25 Ketika mereka bertemu dengan Isa di seberang tasik, mereka bertanya kepada-Nya, ‘Tuan Guru, bilakah Engkau sampai ke mari?’
26 Isa menjawab, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, kamu mencari-Ku bukan kerana kamu telah melihat tanda-tanda mukjizat, tetapi kerana kamu telah dapat makan sehingga kenyang.
Yahya 6 in Kitab Suci Zabur dan Injil