Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Yahya 6:54-70 in Malay (individual language)

Help us?

Yahya 6:54-70 in Kitab Suci Zabur dan Injil

54 Sesiapa yang makan tubuh-Ku dan minum darah-Ku mendapat hidup yang kekal, maka Aku akan membangkitkannya pada hari akhir.
55 Tubuh-Ku inilah makanan yang sebenar. Darah-Ku inilah minuman yang sebenar.
56 Apabila seorang makan tubuh-Ku dan minum darah-Ku, maka dia tetap di dalam-Ku dan Aku di dalamnya.
57 Seperti Bapa yang hidup mengutus Aku, dan Aku hidup kerana Bapa hidup. Demikianlah juga, orang yang makan tubuh-Ku akan hidup kerana Aku hidup.
58 Inilah roti yang turun dari syurga, bukan seperti roti yang dimakan oleh nenek moyangmu, yang kemudiannya mati juga walaupun telah memakannya. Sebaliknya, sesiapa yang makan roti ini akan hidup kekal.’
59 Demikianlah kata-kata Isa ketika mengajar di saumaah di Kapernaum.
60 Antara para pengikut yang mendengar kata-kata-Nya itu, ramai yang berkata, ‘Ajaran ini terlalu susah difahami. Siapakah yang dapat menerimanya?’
61 Isa tahu tanpa diberitahu akan rungutan para pengikut-Nya. Lalu Dia berkata kepada mereka, ‘Adakah perkara ini menyebabkan kamu enggan percaya?’
62 Bagaimana nanti kalau kamu melihat Putera Insan naik semula ke tempat asal-Nya?
63 Hanya Roh Suci memberi hidup. Tubuh tidak ada faedahnya. Apa yang Kukatakan kepadamu ini datang daripada Roh Suci dan memberi hidup.
64 Sungguhpun begitu, sebilangan daripadamu tidak percaya.’ (Isa mengetahui dari mulanya siapa yang enggan percaya dan siapa yang akan mengkhianati-Nya.)
65 Isa berkata lagi, ‘Maka itulah sebabnya Aku berkata kepadamu, tiada seorang pun dapat datang kepada-Ku kecuali dengan keredaan Allah.’
66 Selepas itu, ramai pengikut Isa menjauhkan diri dan tidak lagi mengikut-Nya.
67 Oleh yang demikian, Isa bertanya kepada pengikut-Nya yang dua belas itu, ‘Adakah kamu juga akan meninggalkan-Ku?’
68 Simon Petrus berkata kepada Isa, ‘Junjungan, kepada siapa lagi akan kami pergi? Engkaulah yang memiliki kata-kata hidup yang kekal.
69 Kami percaya sepenuh hati bahawa Engkaulah Yang Suci daripada Allah.’
70 Isa berkata, ‘Tidakkah kamu dua belas orang ini Kupilih, tetapi seorang daripadamu adalah iblis?’
Yahya 6 in Kitab Suci Zabur dan Injil