Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Yahya 6:50-62 in Malay (individual language)

Help us?

Yahya 6:50-62 in Kitab Suci Zabur dan Injil

50 Inilah roti yang turun dari syurga. Orang yang makan roti ini tidak akan mati.
51 Akulah Roti Hidup yang turun dari syurga. Orang yang makan roti ini akan hidup kekal. Roti yang akan Kuberikan untuk hidup manusia di dunia ini adalah tubuh-Ku.’
52 Orang Yahudi yang mendengar kata-kata ini mula bertengkar sesama sendiri ‘Bagaimanakah mungkin orang ini memberikan tubuh-Nya untuk kita makan?’
53 Isa berkata kepada mereka, ‘Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, jika kamu tidak makan tubuh Putera Insan dan minum darah-Nya, kamu tidak mempunyai hidup dalam dirimu.
54 Sesiapa yang makan tubuh-Ku dan minum darah-Ku mendapat hidup yang kekal, maka Aku akan membangkitkannya pada hari akhir.
55 Tubuh-Ku inilah makanan yang sebenar. Darah-Ku inilah minuman yang sebenar.
56 Apabila seorang makan tubuh-Ku dan minum darah-Ku, maka dia tetap di dalam-Ku dan Aku di dalamnya.
57 Seperti Bapa yang hidup mengutus Aku, dan Aku hidup kerana Bapa hidup. Demikianlah juga, orang yang makan tubuh-Ku akan hidup kerana Aku hidup.
58 Inilah roti yang turun dari syurga, bukan seperti roti yang dimakan oleh nenek moyangmu, yang kemudiannya mati juga walaupun telah memakannya. Sebaliknya, sesiapa yang makan roti ini akan hidup kekal.’
59 Demikianlah kata-kata Isa ketika mengajar di saumaah di Kapernaum.
60 Antara para pengikut yang mendengar kata-kata-Nya itu, ramai yang berkata, ‘Ajaran ini terlalu susah difahami. Siapakah yang dapat menerimanya?’
61 Isa tahu tanpa diberitahu akan rungutan para pengikut-Nya. Lalu Dia berkata kepada mereka, ‘Adakah perkara ini menyebabkan kamu enggan percaya?’
62 Bagaimana nanti kalau kamu melihat Putera Insan naik semula ke tempat asal-Nya?
Yahya 6 in Kitab Suci Zabur dan Injil