3 Isa mendaki sebuah bukit lalu duduk di situ bersama para pengikut-Nya.
4 Pada masa itu perayaan Paska orang Yahudi hampir tiba.
5 Apabila Isa memandang sekeliling dan melihat ramai orang datang ke arah-Nya, Dia berkata kepada Filipus, ‘Dari manakah dapat kita beli makanan untuk semua mereka ini?’
6 (Sebenarnya Isa bertanya itu untuk menduga Filipus sahaja kerana Dia tahu apa yang akan dilakukan-Nya.)
7 Filipus menjawab, ‘Roti yang berharga dua ratus keping wang perak pun tidak cukup, meskipun jika dibahagi secebis seorang.’
8 Seorang lagi pengikut Isa bernama Andreas, saudara Simon Petrus, berkata kepada-Nya,
9 ‘Ada seorang budak di sini yang mempunyai lima buku roti barli dan dua ekor ikan. Tetapi tidak mungkin akan cukup untuk orang seramai ini!’
10 Isa berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Ajaklah mereka duduk.’ (Di situ ada banyak rumput.) Mereka itu pun duduk, kira-kira lima ribu orang lelaki semuanya.