Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Yahya 6:15-31 in Malay (individual language)

Help us?

Yahya 6:15-31 in Kitab Suci Zabur dan Injil

15 Isa tahu bahawa mereka hendak datang dan memaksa-Nya menjadi raja. Oleh itu Dia beredar sekali lagi ke bukit seorang diri.
16 Setelah senja hari, para pengikut Isa turun ke tasik.
17 Mereka menaiki perahu menyeberangi tasik itu ke Kapernaum. Hari sudah gelap namun Isa belum pulang mendapatkan mereka.
18 Ketika itu tasik mulai bergelombang kerana angin bertiup kencang.
19 Setelah para pengikut Isa berkayuh tiga atau tiga setengah batu, mereka terpandang Dia berjalan di atas air ke arah perahu mereka, lalu mereka pun ketakutan.
20 Tetapi Isa berkata kepada mereka, ‘Jangan takut, Aku Isa!’
21 Barulah mereka mahu menyambut-Nya naik ke perahu. Pada saat itu juga tibalah perahu itu ke tempat yang dituju.
22 Pada keesokan harinya, orang ramai yang berada di seberang tasik sedar bahawa di situ hanya ada sebuah perahu dan Isa tidak menaiki perahu itu. Mereka tahu bahawa para pengikut Isa telah bertolak menaiki perahu itu tanpa-Nya.
23 Kemudian, beberapa buah perahu dari Tiberias berlabuh dekat tempat orang ramai makan roti selepas Junjungan mengucap syukur.
24 Apabila mereka tidak melihat Isa atau para pengikut-Nya, mereka pun menaiki perahu-perahu itu menuju ke Kapernaum untuk mencari Isa.
25 Ketika mereka bertemu dengan Isa di seberang tasik, mereka bertanya kepada-Nya, ‘Tuan Guru, bilakah Engkau sampai ke mari?’
26 Isa menjawab, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, kamu mencari-Ku bukan kerana kamu telah melihat tanda-tanda mukjizat, tetapi kerana kamu telah dapat makan sehingga kenyang.
27 Janganlah berusaha mendapatkan makanan yang boleh basi. Berusahalah mendapatkan makanan yang dapat bertahan sampai hidup kekal. Itulah makanan yang akan diberikan kepada-Mu oleh Putera Insan, kerana Allah Bapa telah melantik-Nya.’
28 Mereka bertanya kepada-Nya, ‘Apakah yang mesti kami buat untuk melaksanakan pekerjaan yang dikehendaki Allah?’
29 Isa berkata, ‘Inilah pekerjaan yang dikehendaki Allah iaitu supaya kamu percaya kepada Dia yang diutus-Nya.’
30 Mereka bertanya kepada-Nya, ‘Apakah tanda ajaib yang dapat Kautunjukkan supaya kami melihatnya lalu percaya kepada-Mu? Apakah yang dapat Kaulakukan?
31 Nenek moyang kami makan manna di gurun, sebagaimana tersurat di dalam Kitab Suci: “Dia memberikan roti dari syurga untuk dimakan oleh mereka.” ’
Yahya 6 in Kitab Suci Zabur dan Injil