Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Yahya 5:40-47 in Malay (individual language)

Help us?

Yahya 5:40-47 in Kitab Suci Zabur dan Injil

40 Tetapi kamu tidak mahu datang kepada-Ku untuk mendapatkan hidup kekal.
41 ‘Aku tidak mengharapkan pujian daripada manusia.
42 Aku mengenalmu. Aku tahu kamu sebenarnya tidak mengasihi Allah.
43 Aku datang atas nama Bapa-Ku, tetapi kamu tidak menyambut-Ku. Namun, ketika orang lain datang atas namanya sendiri, kamu menyambutnya.
44 Bagaimana kamu mungkin percaya kepada-Ku, sedangkan kamu mencari pujian sesama sendiri? Kamu tidak berusaha mendapatkan pujian daripada Allah Yang Esa.
45 ‘Jangan sangka Aku akan menuduhmu di hadapan Bapa. Musa yang kamu harapkan itulah yang akan menuduhmu.
46 Sekiranya benar kamu percaya kepada Musa, tentulah kamu percaya kepada-Ku, kerana Musa telah menulis tentang diri-Ku.
47 Kamu tidak percaya akan apa yang ditulis oleh Musa, maka bagaimana kamu mungkin percaya akan apa yang Kukatakan?’
Yahya 5 in Kitab Suci Zabur dan Injil