Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Yahya 5:34-43 in Malay (individual language)

Help us?

Yahya 5:34-43 in Kitab Suci Zabur dan Injil

34 Sebenarnya Aku tidak memerlukan kesaksian manusia. Aku menyebutnya supaya kamu percaya dan dapat diselamatkan.
35 Yahya ibarat pelita yang menyala dan bercahaya. Bagi seketika lamanya, kamu memilih untuk menikmati cahayanya.
36 ‘Tetapi kesaksian-Ku lebih besar daripada kesaksian Yahya. Aku melakukan apa yang ditugaskan oleh Bapa-Ku, dan hal ini membuktikan bahawa Bapa telah mengutus-Ku.
37 Bapa yang mengutus-Ku dan memberikan kesakian tentang diri-Ku ini belum pernah kamu dengar suara-Nya atau lihat wajah-Nya.
38 Firman Tuhan tidak menetap dalam dirimu kerana kamu tidak percaya kepada Dia yang diutus Bapa.
39 ‘Kamu mengkaji Kitab Suci dengan tekun kerana kamu percaya dalamnya kamu mendapat hidup kekal. Sebenarnya Kitab Suci memberikan kesaksian tentang diri-Ku.
40 Tetapi kamu tidak mahu datang kepada-Ku untuk mendapatkan hidup kekal.
41 ‘Aku tidak mengharapkan pujian daripada manusia.
42 Aku mengenalmu. Aku tahu kamu sebenarnya tidak mengasihi Allah.
43 Aku datang atas nama Bapa-Ku, tetapi kamu tidak menyambut-Ku. Namun, ketika orang lain datang atas namanya sendiri, kamu menyambutnya.
Yahya 5 in Kitab Suci Zabur dan Injil