Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Yahya 5:31-36 in Malay (individual language)

Help us?

Yahya 5:31-36 in Kitab Suci Zabur dan Injil

31 ‘Jika Aku memberi kesaksian tentang diri-Ku sendiri, itu tidaklah wajar diterima sebagai bukti yang sah.
32 Ada lain yang memberi kesaksian tentang diri-Ku, dan Aku tahu kesaksian yang disampaikan-Nya tentang-Ku itu benar.
33 ‘Kamu telah mengutus orang untuk berjumpa dengan Yahya, dan dia telah memberikan kesaksian yang benar.
34 Sebenarnya Aku tidak memerlukan kesaksian manusia. Aku menyebutnya supaya kamu percaya dan dapat diselamatkan.
35 Yahya ibarat pelita yang menyala dan bercahaya. Bagi seketika lamanya, kamu memilih untuk menikmati cahayanya.
36 ‘Tetapi kesaksian-Ku lebih besar daripada kesaksian Yahya. Aku melakukan apa yang ditugaskan oleh Bapa-Ku, dan hal ini membuktikan bahawa Bapa telah mengutus-Ku.
Yahya 5 in Kitab Suci Zabur dan Injil