2 Dia mengunjungi Isa pada suatu malam lalu berkata, ‘Tuan Guru, kami tahu bahawa Engkau guru yang datang daripada Allah. Tidak mungkin seseorang melakukan mukjizat seperti yang Kaulakukan kecuali Allah menyertai-Nya.’
3 Isa menjawab, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, kecuali seseorang dilahirkan semula, dia tidak dapat melihat kerajaan Allah.’
4 Nikodemus bertanya, ‘Bagaimana seorang dewasa mungkin dilahirkan semula? Tidak mungkin dia masuk semula ke rahim ibunya lalu dilahirkan sekali lagi!’
5 Isa menjawab, ‘Apa yang Kukatakan ini benar. Tidak mungkin seseorang masuk ke dalam kerajaan Allah kecuali dia dilahirkan daripada air dan Roh Suci.
6 Yang dilahirkan manusia adalah manusia, dan yang dilahirkan Roh adalah roh.
7 Janganlah hairan akan kata-kata-Ku bahawa kamu semua perlu dilahirkan semula.
8 Angin bertiup semahunya. Kita mendengar bunyinya, tetapi tidak tahu dari mana datangnya dan ke mana perginya. Demikianlah juga dengan orang yang dilahirkan oleh Roh Suci.’
9 Nikodemus bertanya, ‘Bagaimana hal itu boleh berlaku?’
10 Isa menjawab, ‘Kamu pengajar bangsa Israel dan kamu tidak mengetahui hal ini?