Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Yahya 3:19-36 in Malay (individual language)

Help us?

Yahya 3:19-36 in Kitab Suci Zabur dan Injil

19 Penghakiman berdasarkan hal ini: Cahaya sudah datang ke dunia, tetapi manusia lebih suka akan kegelapan kerana mereka berbuat jahat.
20 Orang yang berbuat jahat benci akan cahaya dan tidak mahu mendekatinya kerana takut perbuatan jahatnya terdedah.
21 Tetapi orang yang berbuat benar merapati cahaya, supaya jelas bahawa perbuatannya dilakukan melalui Allah.’
22 Selepas itu, Isa dan para pengikut-Nya pergi ke wilayah Yudea. Isa tinggal bersama mereka di sana dan mengimadkan orang.
23 Yahya pula mengimadkan di Ainon, tidak berapa jauh dari Salim, kerana di situ ada banyak air. Orang datang kepadanya dan dia mengimadkan mereka.
24 Pada masa itu, Yahya belum lagi dimasukkan ke dalam penjara.
25 Pada suatu hari tercetus pertengkaran antara sebilangan pengikut Yahya dan seorang Yahudi tentang istiadat penyucian.
26 Mereka pergi kepada Yahya dan berkata, ‘Tuan Guru, seorang yang bersama Tuan Guru di seberang Sungai Yordan dulu, orang yang Tuan Guru tunjukkan kepada kami, Dia mengimadkan orang dan semua orang pergi kepada-Nya.’
27 Yahya menjawab, ‘Seseorang tidak mungkin menerima sesuatu kecuali diberi kepadanya dari syurga.
28 Kamu semua menjadi saksiku bahawa aku telah berkata, “Aku bukanlah al-Masih, tetapi aku diutus sebelum-Nya.”
29 Yang mendapatkan pengantin perempuan adalah pengantin lelaki. Sahabat pengantin lelaki yang cuma menanti dan mendengarkan ketibaan pengantin lelaki, berasa bahagia ketika mendengar suara pengantin lelaki. Demikian juga aku. Sekarang sempurnalah kebahagiaanku.
30 Memang sewajarnya Dia semakin utama dan aku semakin kecil.
31 ‘Dia yang datang dari atas adalah di atas segala-galanya. Orang yang berasal dari dunia datang dari dunia dan bercakap tentang hal-hal dunia. Tetapi Dia yang datang dari syurga adalah di atas segala-galanya,
32 Dia menyampaikan apa yang dilihat dan didengar-Nya, tetapi tidak ada seorang pun yang menerima kesaksian-Nya.
33 Namun begitu, mereka yang menerima kesaksian-Nya mengaku bahawa Allah itu benar.
34 Dia yang diutus oleh Allah menyampaikan firman Allah, kerana Allah mengurniakan-Nya Roh Suci sepenuhnya.
35 Bapa kasih akan Putera-Nya dan telah meletakkan segala-galanya di bawah kuasa Putera-Nya.
36 Sesiapa yang percaya kepada Putera itu mendapat hidup yang kekal. Sesiapa yang tidak taat kepada-Nya tidak akan mendapat hidup yang kekal itu dan kemurkaan Allah kekal ke atasnya.’
Yahya 3 in Kitab Suci Zabur dan Injil