Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Yahya 2:13-21 in Malay (individual language)

Help us?

Yahya 2:13-21 in Kitab Suci Zabur dan Injil

13 Ketika perayaan Paska orang Yahudi hampir tiba, Isa pergi ke Baitulmaqdis.
14 Di dalam rumah ibadat Dia mendapati orang berjual-beli lembu, domba dan burung merpati, serta pengurup-pengurup wang duduk di situ.
15 Isa membuat cemeti daripada tali lalu mengusir kesemua orang, domba dan lembu dari rumah ibadat. Dia juga menghamburkan wang para pengurup wang itu dan menterbalikkan meja mereka.
16 Dia berkata kepada penjual burung merpati, ‘Bawa keluar semuanya. Jangan jadikan Rumah Bapa-Ku tempat berniaga!’
17 Para pengikut-Nya teringat bahawa telah tersurat: ‘Kasih-Ku terhadap Rumah-Mu membakar hati-Ku!’
18 Orang Yahudi menyoal Isa, ‘Apakah mukjizat yang dapat Kamu lakukan sebagai bukti bahawa Kamu berhak bertindak begini?’
19 Isa menjawab, ‘Robohkanlah rumah ibadat ini, akan Kubina semula dalam tiga hari.’
20 ‘Pembinaannya mengambil masa empat puluh enam tahun! Akan Kaubina semula dalam tiga hari?’ tanya mereka.
21 Sebenarnya, rumah ibadat yang dimaksudkan oleh Isa itu ialah tubuh-Nya sendiri.
Yahya 2 in Kitab Suci Zabur dan Injil