8 Para pengikut lain menuju ke pantai dengan perahu sambil menarik jala yang sarat dengan ikan. Mereka tidak berapa jauh dari darat, hanya kira-kira seratus meter (dua ratus ‘cubits’).
9 Setelah sampai di pantai, mereka melihat ikan dibakar di atas bara api, dan roti pun ada.
10 Isa berkata kepada mereka, ‘Bawalah sedikit ikan yang baru kamu tangkap itu.’
11 Simon Petrus pergi ke perahu lalu menyeret jala ke darat. Walaupun sarat dengan ikan yang besar-besar, 153 ekor semuanya, namun jala itu tidak koyak.
12 Isa berkata kepada mereka, ‘Marilah bersarapan.’ Tiada seorang pun yang berani bertanya, ‘Siapakah Tuan?’ kerana mereka tahu bahawa Dia ialah Junjungan.
13 Isa pun merapati mereka, mengambil roti lalu memberikannya kepada mereka. Begitu juga dilakukan-Nya dengan ikan.
14 Itulah kali ketiga Isa menampakkan diri kepada para pengikut-Nya setelah Dia dibangkitkan daripada kematian.