Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Yahya 21:1-11 in Malay (individual language)

Help us?

Yahya 21:1-11 in Kitab Suci Zabur dan Injil

1 Setelah itu, Isa menampakkan diri sekali lagi kepada para pengikut-Nya, di Tasik Tiberias. Demikianlah kejadian itu berlaku:
2 Simon Petrus, Tomas yang disebut Didimus, Natanael (yang berasal dari Kana di Galilea), anak-anak Zebedeus, dan dua orang pengikut Isa yang lain, sedang berhimpun di situ.
3 Simon Petrus berkata kepada mereka, ‘Aku hendak pergi menangkap ikan.’ Mereka berkata kepadanya, ‘Kami hendak pergi bersama-sama.’ Mereka pun pergi menaiki perahu. Tetapi semalaman tiada seekor ikan pun dapat ditangkap oleh mereka.
4 Ketika matahari terbit, Isa berdiri di pantai, tetapi mereka tidak mengenal-Nya.
5 Isa bertanya kepada mereka, ‘Anak-anak, kamu ada ikan?’ ‘Tidak, kami tidak mendapat seekor ikan pun,’ jawab mereka.
6 Isa berkata kepada mereka ‘Tebarkanlah jalamu di sebelah kanan perahu, kamu akan mendapat ikan.’ Mereka pun berbuat demikian, maka begitu sarat jala mereka dengan ikan sehingga tidak terdaya mereka menariknya kembali.
7 Oleh itu pengikut yang dikasihi oleh Isa berkata kepada Petrus, ‘Itu Junjungan!’ Setelah mendengar bahawa Junjungan yang berdiri di situ, Petrus terus memakai baju luarnya (yang telah ditanggalkannya untuk bekerja) lalu terjun ke dalam air.
8 Para pengikut lain menuju ke pantai dengan perahu sambil menarik jala yang sarat dengan ikan. Mereka tidak berapa jauh dari darat, hanya kira-kira seratus meter (dua ratus ‘cubits’).
9 Setelah sampai di pantai, mereka melihat ikan dibakar di atas bara api, dan roti pun ada.
10 Isa berkata kepada mereka, ‘Bawalah sedikit ikan yang baru kamu tangkap itu.’
11 Simon Petrus pergi ke perahu lalu menyeret jala ke darat. Walaupun sarat dengan ikan yang besar-besar, 153 ekor semuanya, namun jala itu tidak koyak.
Yahya 21 in Kitab Suci Zabur dan Injil